AGENDANASIONAL

Bursa dibuka tinggi, pulih daripada paras terendah empat tahun

KUALA LUMPUR, 7 OKT: Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, pulih daripada paras terendahnya dalam tempoh empat tahun yang dicatatkan pada Jumaat minggu lepas, susulan prestasi yang lebih baik di Wall Street.

Pada jam 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.53 mata kepada 1,558.2 daripada paras penutup 1,557.67 pada Jumaat.

Indeks utama itu dibuka tinggi naik 0.12 mata kepada 1,557.79.

Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 136 berbanding 57, manakala 180 kaunter tidak berubah, 1,621 tidak diniagakan dan 33 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 135.9 juta saham bernilai RM47.22 juta.

Public Investment Bank Bhd berkata, kenaikan di Wall Street pada Jumaat membawa kepada kenaikan sehari terbesar S&P 500 dalam tempoh hampir dua bulan apabila data pekerjaan terbaharu Amerika Syarikat membantu menghapuskan kebimbangan terhadap kelembapan domestik dan tempatan.

“S&P 500 ditutup 1.4 peratus lebih tinggi pada Jumaat yang membantu meningkatkan semua sektor. Ia merupakan kenaikan sehari terbesar penanda aras itu sejak pertengahan Ogos,” kata bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan.

Sementara itu, Nasdaq Composite dan Dow Jones Industrial Average setiap satu ditutup tinggi naik 1.4 peratus.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik tiga sen kepada RM8.47, PBBank, PChem, IHH tidak berubah masing-masing berada pada RM19.28, RM7.31 dan RM5.65.

Manakala, Tenaga turun dua sen kepada RM13.50.

Dalam kalangan saham paling cergas, SDS Group meningkat tiga sen kepada 26 sen, Icon Offshore, Sapura Energy dan I-Stone naik setengah sen setiap satu masing-masing kepada lima sen, 26.5 sen dan 19 sen, manakala Bumi Armada tidak berubah pada 33.5 sen.

Indeks FBM Emas meningkat 6.49 mata kepada 11,055.01, Indeks FBMT 100 naik 5.07 mata kepada 10,879.4 dan Indeks FBM Emas Shariah menokok 4.18 mata kepada 11,650.8.

FBM 70 naik 12.02 mata kepada 13,818.5 dan FBM Ace menambah 15.00 mata kepada 4,524.29.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 28.75 mata kepada 15,026.14, Indeks Perladangan meningkat 0.65 mata kepada 6,568.63 tetapi Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian jatuh 0.01 mata kepada 151.25.

– BERNAMA


Pengarang :