EXCOSELANGOR

EXCO harap peruntukan Bas Smart Selangor ditambah

KLANG, 31 OKT: EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han berharap peruntukan Bas Smart Selangor ditambah dalam belanjawan negeri yang akan diumum esok.

Katanya, hal itu kerana penggunaan bas percuma berkenaan mendapat sambutan menggalakkan daripada rakyat sejak dilancarkan sedekad lalu.

“Saya lihat penduduk amat menyukai Bas Smart Selangor dan sudah tentu Klang menerima permintaan sangat tinggi.

“Selain menambah peruntukan, saya amat berharap Kerajaan Negeri akan menambah baik rancangan sedia ada,” katanya kepada media.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan aplikasi Smart Selangor Parking peringkat Majlis Perbandaran Klang di Dewan Hamzah, di sini hari ini.

Pada masa sama, Sze Han optimis Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari akan mengumumkan pelbagai perkara menarik khusus buat rakyat di negeri ini dalam belanjawan 2020.

Sehingga kini, perkhidmatan Bas Smart Selangor memberi manfaat kepada 38.6 juta pengguna melalui 41 laluan di seluruh negeri.


Pengarang :