Datuk Seri Anwar Ibrahim kelihatan berbual dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di kafetaria Ahli Parlimen pada 15 Oktober 2019. Foto Ihsan TWITTER/ANWAR IBRAHIM
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Foto Anwar jumpa Azmin tarik minat ramai

KUALA LUMPUR, 15 OKT: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengadakan pertemuan bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di kafetaria Ahli Parlimen tengah hari tadi.

Turut serta dalam pertemuan tersebut Setiausaha Agung PKR yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Sebelum ini, media menggambarkan hubungan Anwar dan Azmin dingin susulan pemilihan parti tahun lalu.

Beberapa keping gambar pertemuan tiga pemimpin itu sambil bersantai menikmati minuman dikongsikan oleh Anwar di laman Twitternya dan beberapa penyokong parti.

Ramai penyokong Azmin, yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, dan bekas Timbalan Perdana Menteri itu menyatakan kegembiraan atas pertemuan mereka.

 


Pengarang :