Pekerja memeriksa kompleks kondominium yang rosak selepas gempa bumi berukuran 6.5 magnitud melanda bandar Davao di selatan Mindanao pada 31 Oktober 2019. Foto AFP
AGENDAGLOBAL

Gempa bumi kuat landa Filipina

KUALA LUMPUR, 31 OKT: Gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Richter melanda wilayah Mindanao, Filipina pada 9.11 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan gegaran itu berlaku kira-kira 20 kilometer barat dari Digos, Filipina pada kedalaman 10 kilometer.

Selain itu, MetMalaysia turut melaporkan gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter melanda wilayah utara Laut Maluku, pada 1.29 pagi tadi.

Gempa itu berlaku kira-kira 128 kilometer barat laut dari Ternate, Indonesia pada kedalaman 10 kilometer.

Bagaimanapun, kedua-kedua gempa tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

-BERNAMA


Pengarang :