Seorang pekerja awam yang pengsan ditenangkan rakan sekerjanya selepas gempa bumi melanda Davao City, pulau selatan Mindanao pada 29 Oktober 2019.
AGENDAGLOBAL

Gempa bumi kuat landa Mindanao

KUALA LUMPUR, 29 OKT: Gempa bumi kuat berukuran 6.7 skala Richter melanda wilayah Mindanao, Filipina pada 9.04 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan ia berlaku di 27 kilometer (km) barat Digos City dengan kedalaman 10km.

Koordinat gempa ialah 6.8° utara 125.2° timur, menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, ia tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

-BERNAMA


Pengarang :