Bank mengumumkan moratorium selama enam bulan kepada golongan sasar yang terkesan susulan pelaksanaan PKP.
AGENDANASIONAL

HSBC Malaysia dinobat Bank Antarabangsa Terbaik

KUALA LUMPUR, 7 OKT: HSBC Malaysia telah dinobatkan sebagai ‘Bank Antarabangsa Terbaik’ pada Anugerah Bank Terbaik 2019 Asiamoney bagi Malaysia baru-baru ini.

“Ini merupakan julung kali HSBC Malaysia dianugerah penghargaan ini dan ia mengiktiraf pencapaian bank dalam rangkaian, keupayaan perniagaan dan pengembangan perniagaan,” kata bank itu dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Merujuk kepada anugerah itu, Ketua Pegawai Eksekutif HSBC Malaysia, Stuart Milne berkata, “Kami telah secara konsisten berusaha untuk melabur dan meningkatkan keupayaan kami meliputi perbankan korporat dan runcit.

“Berdasarkan pertapakan kami yang kukuh di Malaysia, kami berada dalam kedudukan baik untuk memenuhi aspirasi pertumbuhan pelanggan kami di seluruh rantau ini. Dengan pelanggan menjadi teras kepada semua perkara yang kami lakukan, saya yakin pasukan kami akan mengekalkan momentum ini dan trajektori pertumbuhan.”

Sementara itu, Asiamoney berkata, HSBC merupakan bank asing terkemuka dalam bon dan sukuk ringgit pada tahun ini sehingga Mei 2019, mengendalikan 20 terbitan bernilai RM2.46 bilion.

“Ini membabitkan 41 peratus perkongsian pasaran, jauh meninggalkan pesaing asing terdekat.

“Antara bank tradisional dan bahagian perbankan Islam Amanah HSBC, HSBC kini boleh berbangga dengan rangkaian paling meluas berbanding mana-mana bank asing di Malaysia, dengan 68 cawangan di seluruh negara,” kataya.

Menurutnya, keuntungan HSBC bagi laporan suku paling terbaru, sehingga 31 Mac, 2019, meningkat 2.1 peratus kepada RM396 juta.

– BERNAMA


Pengarang :