Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AGENDANASIONAL

Institusi zakat diseru galas tanggungjawab dengan telus

SHAH ALAM, 30 OKT: Institusi zakat di Malaysia diseru menggalas tanggungjawab dengan telus dan amanah, supaya pengagihan bantuan zakat dapat dilaksanakan sebaiknya.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kegagalan institusi itu melaksanakan pengagihan zakat dengan berkesan akan menyebabkan isu kesempitan hidup dalam kalangan asnaf tidak dapat diatasi.

“Sebab itu kita lihat pusat zakat kena laksanakan transformasi minda, kena ada perubahan ke arah kebaikan sebab fungsi pusat zakat adalah untuk membantu.

“Malah pusat zakat kena juga lihat agihan dalam berbagai-bagai aspek bantuan seperti pendidikan, kesihatan dan pelbagai lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu program Akademi Zakat (AZKA) Talk ‘Peranan Zakat Dalam Menangani Kesenjangan Ekonomi’ di sini, hari ini.

Menurut Anwar, isu kemiskinan dalam kalangan orang Islam juga akan dapat diuruskan dengan baik, sekiranya agihan wang zakat dilakukan dengan lebih teratur.

“Menjadi isu apabila doktor diagnosis seseorang itu menghidap sakit lain, tetapi dia diberi ubat demam.

“Jadi, institusi zakat kena lakukan satu pendekatan yang betul. Jangan sekadar bantu dengan beri wang sahaja tetapi bantu bagaimana mereka ini boleh keluar dari kemiskinan hidup,” katanya.

– BERNAMA


Pengarang :