AGENSISELANGOR

JAIS: Dilema penguatkuasaan premis makanan dikupas esok

SHAH ALAM, 9 OKT: Isu dilema penguatkuasaan premis makanan akan dikupas dalam Konvensyen Perundangan dan Penguatkuasaan Halal anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), esok.

JAIS dalam kenyataan berkata, forum yang dikendalikan Ketua Malaysia International Halal Academy Sekretariat Majlis Halal Malaysia, Mohd Amri Abdullah turut disertai wakil Kementerian Kesihatan Malaysia serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Turut sama, Suruhanjaya Syarikat Malaysia serta Pembangunan Peniagaan dan Perlesenan Perbadanan Putrajaya.

“Sementara forum kedua pula akan mengupas topik ‘Ayam oh Ayam : Fiqh vs Perundangan yang akan disertai Timbalan Mufti Selangor, Dato’ Dr Anhar Opir dan Ketua Penolong Pengarah Seksyen Pembangunan Sistem Kualiti Jabatan Vetrinar, Dr Mohammad Razli Abdul Razak.

“Kedua-dua forum ini terbuka kepada orang awam yang berminat,” kata kenyataan itu.

Konvensyen Perundangan dan Penguatkuasaan Halal bermula jam 8 pagi itu dijadualkan berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).


Pengarang :