Konvokesyen Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) kali ke-22 di Bangi, pada 7 September 2019. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Lemah Inggeris antara punca graduan menganggur

BACHOK, 16 OKT: Institusi Pengajian Tinggi (IPT) perlu mengubah suai program yang ditawarkan di pusat pendidikan masing-masing agar selaras dengan permintaan industri bagi mengurangkan kadar pengangguran graduan.

Naib Canselor Univerisiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof Dr Noor Azizi Ismail berkata, IPT perlu bijak dalam menyuntik elemen-elemen tambahan dalam kurikulum program yang ditawarkan agar graduan yang dihasilkan mereka mempunyai banyak kemahiran.

“Contohnya kalau pelajar dalam bidang Pengajian Islam, mereka perlu mengetahui sedikit ilmu sains, biologi dan sebagainya,” katanya ketika ditemui di Universiti Malaysia Kelantan Kampus Bachok, di sini, hari ini.

Beliau berkata, UMK turut berpendapat agar program yang dirasakan kurang sesuai ditawarkan pada waktu ini perlu dijumudkan terlebih dahulu.

“Sebagai contoh, jika dilihat dua tiga tahun lepas ada permintaan besar terhadap graduan dalam bidang Kewangan dan Perbankan Islam, jadi universiti mula menawarkan program berkenaan namun ia menjadi sebaliknya,” katanya.

Azizi berkata, kelemahan graduan dalam aspek komunikasi terutama penggunaan Bahasa Inggeris selain pemikiran kritis turut menyumbang kepada kadar pengangguran graduan ketika ini.

– BERNAMA


Pengarang :