AGENDANASIONAL

Malaysia perlu tingkat eksport panel solar – PM

KUALA LUMPUR, 10 OKT: Malaysia perlu meningkatkan eksport panel solarnya memandangkan negara menghasilkan panel solar yang berkualiti baik, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, Malaysia adalah pengeluar dan pengeksport panel solar yang terbesar ke Amerika Syarikat (AS).

“Panel solar kita adalah berkualit amat baik. Jadi kita boleh meningkatkan eksport panel solar seterusnya. Ini adalah arah yang kita telah lakukan dan kita komited terhadapnya,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan solusi bumbung solar pertama Petroliam Nasional Berhad (Petronas) di negara ini dikenali sebagai M+ oleh PETRONAS.

Pelancaran itu adalah bersempena dengan Pameran dan Persidangan Teknologi Hijau dan Produk Eko Antarabangsa (IGEM), di sini, hari ini.

Yang turut hadir pada pelancaran majlis itu ialah Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin.

M+ oleh PETRONAS adalah solusi solar yang disesuaikan dan mampu harganya direka untuk penggunaan komersial dan industri.

M+ oleh PETRONAS, yang mampu dibeli, diyakini oleh model perniagaan dinamik yang mengutamakan pelanggan dengan perbelanjaan modal sifar yang diperlukan daripada pelanggan, dicipta untuk memenuhi keperluan pelanggan dan dapat menjimatkan wang.

Petronas menyediakan hujung-ke-akhir penghantaran solusi bumbung solar dan penyelenggaraan mudah bagi memastikan pelanggan bukan sahaja hanya perlu membayar untuk bayaran tarif penggunaan tenaga mereka dan tidak terdedah kepada sebarang bentuk risiko teknikal dan kewangan.

Sementara itu, pada persidangan akhbar Yeo berkata, inovasi oleh Petronas itu akan terus meningkatkan benefisiari terhadap dasar kerajaan menerusi dasar Pajakan Solar.

“Kita tidak memberi subsidi tetapi kita memberi inovasi dalam bentuk rangka kerja dasar kita agar sektor swasta seperti Petronas dan TNB dan syarikat pajakan solar yang lain boleh melabur, dapatkan kewangan swasta untuk melabur dalamnya dan mendapat pulangan menerusi dasar ini,” katanya.

– BERNAMA


Pengarang :