Majlis Perbandaran Selayang dan Pejabat Daerah dan Tanah Gombak melakukan kerja-kerja pembersihan sisa robohan di atas rezab jalan di Kampung Melayu Sri Kundang pada 8 Oktober 2019.
PBTSELANGOR

MPS, PDT Gombak bersih sisa robohan di tanah rezab jalan

SHAH ALAM, 9 OKT: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bersama Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Gombak melakukan kerja-kerja pembersihan sisa robohan di atas rezab jalan di Kampung Melayu Sri Kundang, semalam.

Pengarah Jabatan Korporat MPS, Mohamad Zin Masoad berkata, pembersihan itu adalah lanjutan daripada operasi bersepadu meroboh strukutur bangunan lama yang dilakukan 3 Oktober lalu berikutan aduan diterima PDT Gombak mengenai pembinaan rumah di atas rezab jalan.

“Satu struktur bangunan lama yang tidak berpenghuni dibina di atas rezab jalan telah dirobohkan PDT Gombak di bawah Seksyen 425 (mendirikan atas rezab jalan) Kanun Tanah Negara 1965.

“MPS telah mengambil tindakan membuang dan mengambus sisa-sisa robohan lanjutan daripada aktiviti perobohan yang telah dijalankan pada minggu lalu,” katanya dalam kenyataan.

Operasi bersepadu selama tiga jam itu membabitkan seramai 10 orang anggota penguat kuasa MPS, PTD Gombak dan Jabatan Kerja Raya.

Mohamad Zin berkata, MPS berharap orang ramai dapat menyalurkan maklumat sekiranya terdapat struktur bangunan lama yang tidak berpenghuni dan terbengkalai di kawasan mereka.


Pengarang :