AGENDANASIONAL

Netflix tawar pelan mudah alih baharu RM17 sebulan

PETALING JAYA, 24 OKT: Netflix menawarkan pelan mudah alih baharu pada RM17 sebulan, dengan Malaysia menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang mempunyai pelan itu.

Pengarah produk inovasi Ajay Arora berkata pelan mudah alih itu menawarkan kepada pelanggan akses kepada keseluruhan katalog tempatan dan antarabangsa Netflix, tanpa sebarang iklan dan bebas untuk membuat pembatalan.

“Ahli kami di Malaysia gemar menonton pertunjukan di telefon pintar dan tablet mereka serta dengan pelan mudah alih yang pertama ditawarkan itu, semua pertunjukan dan filem Netflix boleh diakses oleh penduduk tempatan untuk penstriman dan muat turun,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran pelan itu di sini, hari ini.

Katanya Netflix sentiasa terus berusaha menambah baik pengalaman mudah alihnya dengan ciri-ciri seperti muat turun pintar, previu mudah alih, pengguna interface adaptif dan perkongsian kepada sosial media.

Netflix ialah peneraju perkhidmatan hiburan internet dengan mempunyai lebih 158 juta ahli berbayar di 190 negara.

-BERNAMA


Pengarang :