Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
PBTSELANGOR

Pejabat bergerak MBSA di Tesco Setia Alam pada 19 Oktober

OLEH ALIFF HAIKAL JOHARI

SHAH ALAM, 14 OKT: Bagi memudahkan orang ramai menyemak dan membuat bayaran, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan meletakkan Pejabat Bergerak ‘Shah Alam On Wheel’ (SAOW) di tempat letak kenderaan Tesco Setia Alam, Seksyen U13 pada hari Sabtu, 19 Oktober ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, perkhidmatan pejabat bergerak itu akan dibuka mulai jam 11 pagi hingga jam 5 petang.

“SAOW adalah satu inisiatif yang diwujudkan oleh MBSA bagi memudahkan orang ramai untuk berurusan pada cuti hujung minggu tanpa perlu datang ke kaunter MBSA.

“Pejabat bergerak ini menyediakan kemudahan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan dan pembayaran kompaun letak kereta, serta kaunter aduan,” katanya.

Pihak Majlis berharap melalui usaha ini dapat mengukuhkan lagi sistem perkhidmatan MBSA untuk kebaikan warga Shah Alam.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 013-338 0551 untuk mendapat maklumat lanjut.


Pengarang :