Ir Izham Hashim (dua dari kanan) melihat pelan penyambungan semula pembinaan dan penambahbaikan Persiaran Atmosfera di pada 9 Oktober 2019. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Pelihara kepentingan rakyat, elak persepsi Selangor ‘Darul Ceroboh’

KOTA DAMANSARA, 9 OKT: Kerajaan Negeri bertekad menyelesaikan isu pencerobohan tanah rizab jalan, sungai dan tanah pertanian miliknya bagi memelihara kepentingan rakyat.

EXCO Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Ir Izham Hashim berkata, usaha itu juga mengelakkan Selangor dilabel sebagai ‘Darul Ceroboh’ oleh segelintir pihak.

“Selepas ini banyak lagi (isu) kerana Selangor terkenal dengan gelaran ‘Darul Ceroboh’ dan kebetulan saya terlibat dengan banyak isu membabitkan jalan, sungai dan tanah pertanian.

“Kita kena faham, kepentingan ramai mengatasi beberapa kerat ini kerana bayangkanlah selama 10 tahun projek jalan yang penting ini ditangguhkan ekoran beberapa orang ini tetapi orang ramai menanggung beban dan ia adalah satu perkara yang tidak sihat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan lawatan tapak projek pembinaan Jalan Atmosfera di Subang Bestari di sini, hari ini.

Projek pembinaan jalan itu tertangguh selama 10 tahun akibat terdapat struktur kediaman haram dibina di atas tanah rizab jalan terbabit.

Bagaimanapun Ir Izham berkata, Kerajaan Negeri bertindak mengikut prosedur ditetapkan dengan semangat perikemanusiaan.

Katanya, Kerajaan Negeri turut mengambil langkah dengan memberi pilihan alternatif untuk membantu meringankan beban penceroboh tanah kerajaan.


Pengarang :