Antara ahli jawatankuasa yang terlibat dalam anugerah minggu novel di Stockholm pada 8 Oktober 2019. Foto AFP
AGENDA GLOBAL

Pemenang Hadiah Nobel Kesusasteraan diumum hari ini

STOCKHOLM, 10 OKT: Dua pemenang Hadiah Nobel Kesusasteraan bakal diumumkan hari ini selepas majlis penganugerahan paling berprestij di dunia tahun lalu ditunda ekoran skandal gangguan seks.

Antara nama yang disebut-sebut sebagai penerima hadiah tahun ini ialah penyair Kanada, Anne Carson; pengarang Kenya, Ngugi Wa Thiong’o dan sasterawan Perancis, Guadeloupean Maryse Conde.

Menurut Bernama, minggu nobel itu sudah bermula di Stockholm pada Isnin lalu dan senarai pemenang bagi hadiah paling berprestij di dunia untuk tahun 2019 bakal diumum mulai 7 hingga 14 Oktober.

Acara terakhir dan kemuncak diakhiri dengan pengumuman pemenang kategori Sains Ekonomi Alfred Nobel pada 14 Oktober.

Jumlah hadiah yang ditawarkan untuk setiap pemenang  AS$940,000.

Akademi Sweden yang ditubuhkan pada 1786, berusaha memulihkan imejnya selepas meletupnya skandal tipu muslihat, pertembungan kepentingan, gangguan seksual dan budaya membisu dalam kalangan 18 ahlinya yang dianggap sebagai penjaga kebudayaan negara itu.


Pengarang :