AGENDANASIONAL

Permohonan Salleh sertai PKR ditentu 18 Oktober

KUALA LUMPUR, 10 OKT: Permohonan bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak untuk menyertai Parti Keadilah Rakyat (PKR) akan ditentukan dalam Mesyuarat Biro Politik PKR pada 18 Oktober ini, demkian disahkan oleh Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, permohonan keanggotaan Salleh diterima dalam talian dan akan dibahas oleh biro tersebut sebelum keputusan muktamad dibuat mengenai status permohonan bekas bendahari UMNO itu.

“Itu memang kaedah dalam permohonan menjadi anggota parti,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen semalam.

– BERNAMA


Pengarang :