Amirudin Shari bersalaman dengan orang ramai ketika Majlis Mesra Deepavali anjuran Majlis Perbandaran Klang (MPK) di Little India, Klang pada 24 Oktober 2019. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Politik perkauman jelmaan dasar British sebelum merdeka

KLANG, 25 OKT: Semua rakyat Malaysia disaran supaya menjadikan semangat Deepavali sebagai pemangkin mengukuhkan lagi perpaduan dan keharmonian antara kaum dengan menolak politik perkuaman.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata hal ini kerana politik perkauman akan membawa rakyat kembali ke era penjajahan British yang mengamalkan dasar pecah dan perintah.

“Orang Melayu memang orang asal tempat ini tetapi apabila orang India dan Tionghua datang dari luar dan kita asyik lihat perbezaan ini sampil bila-bila kita akan terpisah, terpecah seperti diamalkan dasar British ketika menjajah dan menguasai Malaya suatu ketika dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Mesra Deepavali Anjuran Majlis Perbandaran Klang 2019 di Jalan Tengku Kelana, di sini malam tadi.

Amirudin berkata, sejak kebelakangan ini politik perkauman semakin kuat ditiup golongan tidak bertanggungjawab yang cuba menyembunyikan perbuatan rasuah dilakukan mereka.

Katanya, perbuatan rasuah membabitkan berpuluh kes di bawa ke mahkamah itu juga menyebabkan negara kerugian berbilion ringgit begitu sahaja.

“Untuk memulihkannya, peruntukan untuk rakyat terpaksa dikurangkan dan jatuh ke tangan mereka yang tidak bertanggungjawab,” katanya.


Pengarang :