Gimik perasmian oleh Rodziah Ismail sempena Program Sayangi Desa Daerah Kuala Langat di Padang Awam Kampung Seri Jugra, Banting pada 20 Oktober 2019. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Program Sayangi Desa kukuh hubungan pemimpin, masyarakat

OLEH ALIFF HAIKAL

KUALA LANGAT, 20 OKT: Program Sayangi Desa anjuran Kerajaan Negeri menjadi landasan untuk mengeratkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat setempat.

EXCO Pembangunan Usahawan, Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi, Rodziah Ismail berkata, program yang menyajikan pameran daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan itu khusus untuk penduduk di kawasan kampung mendapatkan maklumat.

“Program yang bertemakan Sukan Rakyat ini salah satu usaha Kerajaan Negeri bagi memudahkan masyarakat mendapat maklumat secara terus dan merupakan destinasi terakhir program yang bermula sejak Jun lalu.

“Pada masa sama, masyarakat di kampung dapat memperkenalkan produk mereka kepada umum supaya ia lebih dikenali, sekali gus melahirkan usahawan kecil yang akan memberikan impak kepada ekonomi negara,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Sayangi Desa Peringkat Daerah Kuala Langat 2019 di Padang Awam Kampung Seri Jugra, Banting, hari ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Negeri Morib Hasnul Baharudin dan Wakil Penyelaras DUN Sijangkang Fadil Abdullah.

Antara pengisian program ialah pertandingan tarik upih, boling buah kelapa, lari dalam guni, tarik tali dan sepak takraw.


Pengarang :