Lim Guan Eng. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Projek kerajaan RM1.3 bilion khusus buat kontraktor bumiputera

KUALA LUMPUR, 11 OKT: Projek kerajaan bernilai RM1.3 bilion akan dikhususkan untuk kontraktor bumiputera sedia ada dan baru berdaftar, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Beliau berkata, kerajaan telah membuka semula pendaftaran bagi Kontraktor bumiputera Gred 1 (G1) mulai 1 Sept 2019 dan telah menerima 946 permohonan pada akhir September.

“Kerajaan sedang menambah peluang kepada lebih ramai kontraktor bumiputera untuk menyertai perolehan kerajaan,” katanya semasa membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat hari ini.

– BERNAMA


Pengarang :