AGENDANASIONAL

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 2 OKT: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pagi ini apabila pengumuman data sektor pembuatan AS yang lebih lemah daripada dijangkakan meningkatkan sentimen pasaran terhadap ringgit.

Pada 9.06 pagi, unit tempatan berada pada 4.1850/1900 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.1930/1960 semalam.

Seorang peniaga berkata, sektor pembuatan AS menguncup ke paras terendahnya dalam tempoh lebih sedekad pada September apabila keadaan perniagaan semakin memburuk di tengah-tengah ketegangan perdagangan antara negara itu dan China.

“Ini membantu mengalihkan minat pelabur terhadap ringgit,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.
Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0217/0264 daripada paras penutup 3.0242/0272 semalam dan naik berbanding pound Britain kepada 5.1455/1524 daripada 5.1507/1560.

Bagaimanapun, ringgit susut berbanding yen kepada 3.8858/8912 daripada 3.8695/8733 dan turun berbanding euro kepada 4.5767/5839 daripada 4.5670/5715.

– BERNAMA


Pengarang :