AGENDANASIONAL

Ringgit susut berbanding dolar US

KUALA LUMPUR,18 OKT: Ringgit rendah pada pembukaan Jumaat, selari penurunan harga minyak mentah walaupun Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya membuat komitmen untuk mengurangkan pengeluaran minyak sebanyak 1.2 juta tong sehari sehingga Mac tahun depan, kata peniaga.

Pada 9 pagi, nota tempatan disebut harga pada 4.1810/1840 berbanding dolar US daripada 4.1780/1830 yang direkodkan pada penutupan Khamis.

Harga minyak mentah kini didagangkan pada harga US$59.74 setong, merosot 0.28 peratus.

Peniaga itu bagaimanapun berkata, dolar US juga merosot selepas kerajaan British dan Kesatuan Eropah bersetuju dengan perjanjian Brexit yang sudah lama ditunggu-tunggu menyebabkan pelabur beralih perhatian kepada euro.

Berbanding sekumpulan mata wang utama yang lain, ringgit didagangkan kebanyakannya lebih rendah kecuali yen, yang meningkat kepada 3.8467/8505 daripada 3.8525/8572.

Ringgit menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.0628/0659 daripada 3.0576/0607, rendah berbanding pound British kepada 5.3772/3819 daripada 5.3728/3783 dan susut kepada 4.6522/6560 daripada 4.6411/6460 berbanding euro.

-BERNAMA


Pengarang :