AGENSISELANGOR

SCL: MPKj FC terus rentak kemenangan bersih

SHAH ALAM, 15 OKT: MPKj FC meneruskan rentak kemenangan bersih dalam minggu ketiga saingan Liga Juara Selangor 2019 (SCL2019) setelah menundukkan Subang Protap II FC 3-0 di Stadium Arena MPSJ, Subang Jaya pada 13 Oktober lalu.

Muhd Nurzaidi yang dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan menjadi wira MPKj FC selepas menjaringkan dua gol pada minit ke-10 dan ke-63, manakala satu lagi hasil jaringan Aiyakhaire Danial pada minit ke-46.

Manakala Puchong Fuerza Gamestop turut cemerlang apabila berjaya membenam Kingstown Klang FC juga dengan jaringan 3-0.

Penyerang Puchong Fuerza, Kwofie Hans yang terpilih sebagai pemain terbaik perlawanan menjaringkan dua gol pada minit ke-45 dan ke-48 serta satu gol lagi oleh Mohd Asnan pada minit ke-21.

Manakala Pasukan Belia Selangor gagal bangkit daripada kekalahan minggu kedua apabila hanya mampu mencatatkan keputusan seri 0-0 ketika berhadapan Sg Lang Baru Up FC.

Selepas masing-masing mengharungi minggu ketiga perlawanan, kedudukan semasa menyaksikan Kuala Selangor Batu Dua FC yang berjaya mencatatkan dua kemenangan dan satu seri mengungguli carta Kumpulan A dengan tujuh mata.

Mengekori di tempat kedua dan ketiga Puchong Fuerza dan Cyberjaya Teleflow FC dengan masing-masing berkongsi 5 mata.

Kedua-dua pasukan yang mencatatkan satu kemenangan dan dua seri itu hanya dipisahkan dengan jumlah jaringan.

Manakala MPKj FC unggul di tahta liga Kumpulan B dengan mata penuh sembilan mata dan diikuti SA Klasiko FC di tangga kedua serta MBSA FC ketiga dengan masing-masing berkongsi enam mata.

Keputusan penuh perlawanan minggu ketiga:

Bukit Kapar FC 2 – 3 MBSA FC

Puchong Fuerza Gamestop FC 3 – 0 Kingstown Klang FC

NPNG Damansara Damai FC 1 – 2 SA Klasiko FC

Gombak RRM FC Ultimate 2 – 0 SA Aze FC

Belia Selangor 0 – 0 Sg Lang Baru Up FC

SA PIB FC 0 – 1 Kuala Selangor Batu Dua FC

MPKj FC 3 – 0 Subang Protap II FC

Cyberjaya Teleflow FC 0 – 0 Bangi Jang’s Trooper FC


Pengarang :