Gambar Maharaja Naruhito yang dirakam pada 4 Oktober 2019 ketika menyampaikan ucapan pada satu majlis pengambilan makanan seimbang di Tokyo. Foto BERNAMA
AGENDAGLOBAL

Sempena pemasyhuran Maharaja Naruhito, 550,000 banduan Jepun diampun

TOKYO, 18 OKT: Sempena istiadat pemasyhuran Maharaja Naruhito, kira-kira 550,000 pesalah akan diberi pengampunan, lapor agensi berita Sputnik memetik media tempatan.

Pengampunan hanya akan diberikan kepada mereka yang didapati bersalah melakukan jenayah kecil dan menamatkan tempoh penjara atau mambayar denda, menurut NHK.

Ia bertujuan menggalakkan reintegrasi sosial kepada pesalah terbabit.

Di samping itu, lebih 1,000 pesalah yang dijatuhi hukuman penjara dalam tempoh yang lama, akan diampunkan kerana menghidap penyakit serius.

Maharaja Jepun, Akihito, 85, secara rasmi akan menuruni takhta atas faktor usia dan kesihatan, anaknya Naruhito, 59, diumum sebagai pengganti baginda.

Istiadat khas dijadual pada 22 Oktober.

Bagaimanapun, kerajaan Jepun menangguhkan pada 10 November berikutan taufan Hagibis yang meragut sekurang-kurangnya 77 nyawa.

– BERNAMA


Pengarang :