Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. Foto AFP
AGENDAGLOBAL

Syarat baharu masuk AS perlu ada insurans kesihatan

WASHINGTON, 5 OKT: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Jumaat mengeluarkan satu pengisytiharan bahawa pentadbirannya akan menggantung kemasukan pendatang tanpa penjagaan kesihatan atau yang tidak boleh membuktikan bahawa mereka mampu membayar kos perubatan, lapor agensi berita China Xinhua.

Pengisytiharan itu membuktikan satu lagi langkah lanjut oleh pentadbiran Trump untuk menyulitkan hasrat pendatang untuk menetap di AS.

Ia memberi syarat bahawa mereka yang memohon visa pendatang AS “diliputi insurans kesihatan yang diluluskan” dalam tempoh 30 hari dari tarikh kemasukan ke negara itu, atau memiliki “sumber kewangan untuk membayar kos perubatan pada masa depan.”

Menurut pengisytiharan itu, pendatang sah lebih berkemungkinan ketiadaan insurans kesihatan berbanding rakyat AS, dan Rumah Putih berkata, pengisytiharan itu melindungi sistem penjagaan kesihatan negara itu dan pembayar cukai AS daripada “beban penjagaan tidak berpampasan.”

Pengisytiharan itu berkuat kuasa pada 3 November.

– BERNAMA


Pengarang :