Hee Loy Sian berucap sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2019 peringkat Negeri Selangor di Plaza Alam Sentral Shah Alam pada 19 Oktober 2019. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Syarat penggunaan straw dalam lesen perniagaan mulai 2020

SHAH ALAM, 19 OKT: Peniaga yang ingin memperbaharui dan memohon lesen di Selangor bakal dikenakan syarat membabitkan penggunaan straw plastik bermula tahun hadapan.

EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Sains, Teknologi dan Inovasi, Hee Loy Sian berkata, syarat itu menetapkan peniaga tidak lagi boleh memberi straw plastik kepada pelanggan dengan sewenang-wenangnya.

“Dalam lesen perniagaan mereka nanti akan ada satu klausa yang tidak membenarkan straw plastik diberi kepada pelanggan jika tidak diminta dan beg plastik pula, pelanggan perlu bayar 20 sen.

“Syarat ini akan ada semasa mereka memohon atau memperbaharui lesen perniagaan masing-masing,” katanya kepada pemberita pada program Sambutan Alam Sekitar Negara Peringkat Negeri Selangor di Plaza Alam Sentral di sini, hari ini.

Katanya, langkah itu salah satu perancangan memberi pendidikan dan kesedaran secara berhemah berhubung isu alam sekitar kepada orang ramai.

Loy Sian berkata, Kerajaan Negeri juga memperhebatkan kempen kesan penggunaan straw plastik terhadap alam sekitar dengan mengedarkan video dan poster melalui Pihak Berkuasa Tempatan.


Pengarang :