Khairuddin Othman bergambar bersama penaja ketika Majlis Pelancaran dan Penyerahan Tajaan bagi Kejohanan Berbasikal Tour De Selangor 2019 di Hotel Concorde, Shah Alam pada 24 Oktober 2019. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDASUKANKINI

Tour de Selangor 2019 bermula 18 Disember, himpun 120 peserta

SHAH ALAM, 24 OKT: Edisi kedua Tour de Selangor 2019 (TDS 2019) menerima tajaan berjumlah RM1.5 juta dengan penyertaan hampir 120 peserta daripada 20 pasukan terkemuka di rantau Asia dan tempatan.

Majlis Penyerahan Tajaan TDS 2019 yang berlangsung di Hotel Concorde di sini disempurnakan EXCO Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman.

Mohd Khairuddin dalam ucapannya berkata, Kerajaan Negeri sentiasa menyokong penganjuran itu demi pembangunan sukan berbasikal di Selangor dan berharap kerjasama serta komitmen semua pihak dapat dikekalkan pada masa akan datang.

“Penganjuran TDS 2019 adalah menifestasi usaha Kerajaan Negeri demi meningkatkan prestasi kecemerlangan para atlet berbasikal, sekali gus melahirkan lebih ramai bakat baharu yang akan mengharumkan nama Selangor dan Malaysia amnya ke peringkat lebih tinggi.

Khairuddin Othman berucap ketika Majlis Pelancaran dan Penyerahan Tajaan bagi Kejohanan Berbasikal Tour De Selangor 2019 di Hotel Concorde, Shah Alam pada 24 Oktober 2019. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Saya yakin kejohanan ini akan meneruskan momentum sebagai satu kejohanan yang mampu merancakkan pembangunan sukan berbasikal di samping menjadi landasan terbaik kepada atlet muda menguji keupayaan dan prestasi mereka,” katanya.

TDS 2019 akan berlangsung bermula 18 sehingga 22 Disember ini membabitkan sembilan daerah di Selangor termasuk Pulau Indah, Cyberjaya, Subang, Selayang dan Shah Alam dengan jarak keseluruhan 716 kilometer.

Kesemua pelumba bakal mengharungi lima peringkat perlumbaan demi merebut jersi kemenangan iaitu Juara Keseluruhan, Raja Pecut, Raja Bukit dan Pelumba Muda Terbaik.

Kejohanan dwitahunan itu dianjurkan Majlis Sukan Negeri Selangor dengan objektif perlumbaan untuk mengundang lebih banyak pasukan profesional kompetitif dan terkemuka Kesatuan Berbasikal antarabangsa (UCI) bagi berentap dengan pasukan kebangsaaan, negeri dan kelab.

Selain itu, ia juga akan menjadi landasan untuk menarik pelaburan dari sektor swasta di Selangor yang akan digunakan bagi membangunkan sukan pelancongan dan kemuahan di negeri ini.


Pengarang :