Eksekutif Korporat Skytrex Adventure, Natasha Rashdan (kanan) memberi penerangan kepada pelajar selepas Majlis Perasmian Program Jelajah Squad Kembara Sekolah Tourism Selangor di SMK Methodist, Klang pada 31 Oktober 2019. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

Tourism Selangor promosi produk pelancongan kepada pelajar

OLEH ALIFF HAIKAL

KLANG, 31 OKT: Tourism Selangor menganjurkan Program Jelajah Squad Kembara Sekolah sebagai pendekatan mempromosi produk pelancongan di negeri ini kepada pelajar dan guru.

Pengurus Jabatan Promosi dan Pembangunan Industri Tourism Selangor, Khuzaimah Jamaluddin berkata, siri jelajah yang dimulakan tahun ini, hari ini berkunjung ke SMK (P) Methodist Klang, di sini.

“Tujuan utama program itu adalah untuk memberi pengetahuan kepada pelajar mengenai tempat-tempat menarik yang ada di negeri ini.

“Masih ramai pelajar sekolah dan guru tidak diberi pendedahan mengenai produk pelancongan istimewa yang ada di Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Program Jelajah Squad Kembara Sekolah bersama Tourism Selangor bertempat di MGS Sports Complex, SMK (P) Methodist Klang.

Pengurus Jabatan Promosi Tourism Selangor, Khuzaimah Jamaluddin memberi penerangan kepada pelajar ketika Majlis Perasmian Program Jelajah Squad Kembara Sekolah Tourism Selangor di SMK Methodist, Klang pada 31 Oktober 2019. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Katanya, program tersebut mendapat kerjasama Jabatan Pendidikan Selangor dan beberapa produk pelancongan negeri iaitu Sunway Lagoon, Kidzania, Skytrek, Morib Goldcoast serta Jumpstreet.

Khuzaimah berkata, siri jelajah edisi ke-4 pada tahun ini turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik kepada pelajar dan guru seperti persembahan tarian Orang Asli suku MahMeri.

Katanya, pelajar dan guru juga boleh mengetahui secara lebih dekat mengenai produk pelancongan menarik di negeri ini yang turut membuat pameran dalam siri jelajah itu.

Katanya, program ini akan diperluaskan ke seluruh sekolah di Selangor pada tahun depan.


Pengarang :