Muhammad Nabil Norhalim bergambar bersama peserta Program Bengkel Kraftangan Gubahan Set Hantaran di Dewan MPK E-Library, Klang pada17 November 2019. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

50 wanita sertai gubahan set hantaran

SHAH ALAM, 17 NOV: Seramai 50 wanita komuniti India sekitar Klang menyertai program gubahan set hantaran di Auditorium e-Perpustakaan Majlis Perbandaran Klang, di sini, hari ini.

Setiausaha Kanan EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita Dan Keluarga, Muhammad Nabil Norhalim berkata, beliau memuji insiatif Persatuan Kemahiran e-Inovasi Selangor dalam menjayakan program berkenaan.

Katanya, ia mampu memberi semangat kepada wanita khususnya untuk memberdaya diri masing-masing selain menjadikan seni gubahan sebagai terapi kepada diri sendiri.

Setiausaha Kanan Exco Exco Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita Dan Keluarga, Muhammad Nabil Norhalim. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

“Saya difahamkan sudah banyak kali program ini dilaksanakan di beberapa Dewan Undangan Negeri bagi memberdaya golongan wanita di Selangor khususnya.

“Hari ini, kita dapat melihat keunikan gubahan hantaran yang dihasilkan mereka dan ia satu pengalaman yang bagus untuk golongan ini berkongsi idea serta pendapat,” katanya.

Beliau yang mewakili Dr Siti Mariah Mahmud berkata demikian ketika ditemui Media Selangor selepas merasmikan Program Gubahan Set Hantaran.

Muhammad Nabil berkata, beliau optimis program itu akan diteruskan pada masa akan datang kerana ia secara tidak langsung telah membantu wanita terutama dalam menjana pendapatan.

“Menerusi program ini juga, ia mampu mengasah bakat wanita dalam bidang kesenian atau seni gubahan,” katanya.


Pengarang :