Pelajar Cemerlang PSRA, Muhammad Uwais AlQarni SRAI Sungai ChinChin Daerah Gombak dan Nor Syamimi Fuad SRA Kampung Jawa Klang bergambar pada Majlis Pengisytiharan keputusan peperiksaan Sekolah Rendah Agama (PSRA) peringkat negeri Selangor tahun 2019 dan pelancaran Modul Pemberdayaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab di Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan teknologi (MITS) Negeri Selangor 2019 di -Dewan Syarahan Masjid Negeri, Shah Alam. 20 November 2019. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Baca al-Quran setiap hari, rahsia pelajar cemerlang

SHAH ALAM, 20 NOV: Amalan membaca ayat suci al-Quran setiap hari antara kunci kejayaan Nor Syamimi Mohd Fuad, 6, yang diumumkan sebagai Murid Cemerlang Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) 2019 di negeri ini.

“Nor Syamimi merupakan anak sulung daripada tiga adik-beradik menjadi contoh kepada adiknya lain.

“Rezeki saya bila anak saya menerima anugerah ini, walaupun dia suka belajar saat-saat akhir tetapi kekuatannya adalah menghafal,” kata bapanya, Mohd Fuad Ibrahim, 39.

Berasal dari Klang, Mohd Fuad berkata, sebagai ayah, dia sentiasa mendoakan anaknya itu mendapat keputusan yang terbaik.

“Makanan sunnah juga tidak pernah tinggal, saya berikan kepada dia. Dia anak yang baik, solat dan mengaji memang dia tidak tinggal,” katanya.

Sementara itu, Nor Syamimi berkata, dia bertuah kerana bapa dan ibunya sentiasa memberikan sokongan tidak berbelah bahagi.

“Saya terkejut bila cikgu telefon minta saya hadir untuk terima anugerah ini, memang terkejut dan tidak sangka.

“Saya sering mengulang kaji pelajaran dengan membuat nota ringkas dan peta minda,” kata pelajar yang sering mendapat tempat pertama di dalam kelas.

Pada sama sama, Anugerah Murid Cemerlang PSRA bagi kategori lelaki dimiliki oleh Muhammad Uwais AlQarni Fairus dari Gombak.

Uwais berkata, dia terharu dan tidak menyangka menerima keputusan yang baik, sekali gus mengangkatnya sebagai pelajar lelaki terbaik peringkat negeri.

“Apa yang boleh saya kongsikan, saya jarang menonton televisyen dan bermain telefon bimbit. Setiap hari saya akan belajar kira-kira sejam.

“Bapa saya banyak membantu dari segi latihan dan bahan bacaan,” katanya.

Pencapaian Peratus Kelulusan Keseluruhan bagi PSRA 2019 merosot 2.77 peratus dengan pencapaian 90.13 peratus berbanding 92.9 peratus tahun lalu.

Manakala, Anugerah Daerah Terbaik PSRA ialah daerah Sepang.


Pengarang :