Dato’ Alias Salim bergambar bersama peserta selepas selesai perasmian sempena Konvensyen Pegawai-pegawai Integriti di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor berlangsung di Holiday Inn Glenmarie, Shah Alam. Foto ASRI SAPFIE
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Bendung gejala rasuah, Selangor terus ke hadapan

SHAH ALAM, 18 NOV: Integriti dalam kalangan penjawat awam di Selangor terus diperkasakan bagi membendung gejala rasuah, sekali gus memantapkan tadbir urus yang telus.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Dato’ Alias Salim berkata, usaha berterusan Kerajaan Negeri yang berkolaborasi dengan pihaknya dalam pelbagai program wajar dipuji.

“Kita merancang untuk mengadakan pelbagai program dengan kerjasama dari pelbagai jabatan supaya ketirisan dan juga tahap integriti penjawat awam sentiasa tinggi.

“Selangor beri kerjasama bagus mengumpul kakitangan awam bukan sahaja pihak berkuasa tempatan tetapi juga anak-anak syarikatnya,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Konvensyen Pegawai-Pegawai Integriti di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri, di Holiday Inn, di sini.

Mengulas penganjuran program berkenaan, Alias berkata, program yang diadakan itu dapat memberi impak kepada kakitangan apabila kembali bekerja.

“Mereka dapat praktikkan di tempat kerja selain program ini dapat memberi impak besar kepada Kerajaan Negeri.

“Peranan ketua unit juga perlu bagi memastikan mereka menjalankan enam teras penting dalam merangka program dan meningkatkan keyakinan masyarakt terhadap penjawat awam dan pada kakintgan kerajaan peringkat negeri,” katanya.

Pada konvensyen itu, kira-kira 500 penjawat awam menghadiri bermula jam 8 pagi hingga 4 petang.


Pengarang :