Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr. Siti Mariah Mahmud menjawab soalan ketika Sesi Pertanyaan Lisan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada 11 November 2019. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
ADN SELANGOR

Dakwaan peruntukan PWB digunakan untuk IWB tidak benar – Siti Mariah

SHAH ALAM, 11 NOV: Dakwaan kononnya peruntukan yang dikhususkan kepada Pusat Wanita Berdaya (PWB) diambil bagi kepentingan Institut Wanita Berdaya (IWB) adalah tidak benar, tegas Dr Siti Mariah Mahmud.

EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita Dan Keluarga sebaliknya berkata, IWB mempunyai peruntukan mereka sendiri untuk melaksanakan sebarang bentuk program di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

“PWB peringkat negeri menganjurkan program berbentuk pembangunan kapasiti dan kita berasakan terlalu sedikit dan kurang efektif jika dijalankan di peringkat DUN sahaja.

“Jadi, kita gabungkan beberapa DUN untuk melakukan sesuatu program penambahbaikan (pembangunan kapasiti) dan setiap DUN akan keluar bajet untuk menjalankan program di PWB kawasan masing-masing,” katanya.

Beliau (PAKATAN-Seri Serdang) berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Dr Idris Ahmad (PAKATAN-Ijok) di Dewan Negeri Selangor di sini hari ini.

Siti Mariah berkata, IWB lebih merangka dasar dan polisi selain program yang dilaksanakan tidak hanya bertumpu kepada kawasan tertentu sahaja, manakala PWB adalah pelaksana kepada dasar yang dirangka bersama dalam IWB.


Pengarang :