Selangorkini
Rodziah Ismail mengadakan lelongan harga runtuh barangan terpilih kepada pengunjung selepas merasmikan Program Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Zon Tengah Tahun 2019 di AEON Big, Shah Alam. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
EXCO SELANGOR

EXCO lelong minyak murah

ccsb-ads

SHAH ALAM, 10 NOV: EXCO Pembangunan Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi, Rodziah Ismail membuat jualan lelong minyak masak seberat dua kilogram dengan harga serendah RM5, pada Sambutan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Zon Tengah 2019, petang tadi.

Kurang satu jam, jualan lelong yang berlangsung di Aeon Big Seksyen 23 itu menyaksikan hampir 200 tong minyak habis diborong orang ramai yang hadir sejak awal pagi tadi.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Muez Abd Aziz berkata seramai 80 penjaja dan peniaga kecil, 30 usahawan industri kecil dan sederhana serta 15 kendera saji terbabit dalam program berkenaan.

“Pada masa sama, lebih 5,000 pengunjung hadir memeriahkan program dengan nilai jualan hampir RM100,000.

“Program ini bertujuan mengiktiraf dan mengangkat martabat golongan penjaja dan peniaga kecil dengan memberi peluang kepada mereka untuk membabitkan diri dalam pelbagai aktiviti seperti pameran dan jualan produk perniagaan,” katanya.

Program anjuran KPDNHEP Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan itu turut mendapat kerjasama Pejabat Exco Pembangunan Usahawan, Luar Bandar, Desa, dan Kampung Tradisi serta Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Negeri Selangor.


Pengarang :