AGENDANASIONAL

Industri pertanian berpontensi diteroka

KUALA LUMPUR, 8 NOV: Industri pertanian yang merupakan benteng utama keselamatan makanan negara berpotensi besar untuk diteroka khususnya golongan muda, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Beliau berkata, berdasarkan situasi semasa negara yang ketika ini mengimport RM51 bilion makanan setahun, ia menunjukkan pasaran di bidang itu begitu luas.

“Kita sekarang berhadapan dengan isu bagaimana negara mengimport RM51 bilion bahan makanan dan ini buktikan bahawa akhirnya nanti dunia akan kembali kepada arena atau gelanggang pertanian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan Jubli Emas Agrobank yang turut dihadiri Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di sini, malam tadi.

Justeru, beliau berharap lebih ramai lagi rakyat terutama golongan muda menjadikan profesion pertanian sebagai pilihan utama mereka.

“MOA akan sediakan segala ruang dan peluang, jadi mari sama-sama majukan industri ini yang merupakan benteng utama keselamatan makanan negara,” katanya.

– BERNAMA


Pengarang :