AGENDANASIONAL

JAIS pastikan masjid bebas aktiviti politik

SHAH ALAM, 6 NOV: Pentadbiran masjid di negeri ini diletak di bawah pengurusan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi memastikan rumah ibadat itu tidak dicemari aktiviti politik.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata langkah itu selaras titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultah Sharafuddin Idris Shah.

“Matlamat pelaksanaan pentadbiran masjid yang diletakkan di bawah pengurusan JAIS adalah untuk mewujudkan tadbir urus yang baik dan memaksimumkan fungsi ibadah, dakwah, pendidikan dan tanggungjawab sosial di masjid selaras hasrat DYMM Tunku dan Majlis Agama Islam Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi pertanyaan lisan pada sidang Dewan Negeri Selangor di sini, hari ini.

Amirudin berkata, langkah meletakkan pentadbiran masjid di bawah pengurusan JAIS juga tidak menyalahi undang-undang.

Pada masa sama, katanya sehingga kini terdapat kira-kira 50 buah masjid membabitkan masjid Diraja, masjid daerah dan beberapa masjid lain yang memerlukan perhatian diletakkan di bawah pengurusan JAIS.


Pengarang :