AGENSIPILIHAN MINGGUANSELANGOR

JAIS: Waktu solat subuh dilewat lapan minit mulai esok

SHAH ALAM, 28 NOV: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memaklumkan terdapat perubahan waktu solat subuh bagi seluruh kawasan Selangor dengan tambahan masa lapan minit dari waktu asal semasa.

“Perubahan berkenaan perlu dibuat bermula waktu solat subuh esok, iaitu 29 November bersamaan 2 Rabiulakhir 1441H,” kata agensi itu dalam kenyataan.

JAIS berkata perubahan itu dibuat hasil kajian kecerahan langit waktu subuh yang dilakukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bersama penyelidik Universiti Malaya.

Katanya perkara itu turut dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-116 dan diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada 28 November untuk dikuatkuasakan di negeri ini.


Pengarang :