ADNSELANGOR

Jeram gesa Selangor kaji penanaman ganja untuk perubatan

SHAH ALAM, 5 NOV: Cadangan penanaman tanaman ganja di Selangor boleh dilaksanakan seperti mana di Thailand dan Australia.

Ahli Dewan Negeri Jeram, Mohd Shaid Rosli berkata, tanaman ganja di Thailand dan Australia membuktikan tanaman itu mampu memberi kesan positif dalam sektor pertanian negeri.

“Saya tetap dengan pandangan peribadi saya untuk cadangkan kepada Kerajaan Negeri kerana Australia sendiri tahun 2020 telah benarkan, Thailand pun dah benarkan.

“Saya minta EXCO Pertanian pergi ke ekspo di Thailand pada tahun hadapan untuk nilai sendiri sejauh mana kita boleh mengkaji dalam sudut perubatan dan mengeksport hasil daripada perubatan itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2020 di Dewan Negeri Selangor di sini, hari ini.

Mohd Shaid juga bersedia memberi taklimat kepada EXCO berkenaan cadangannya kepada EXCO Pertanian.


Pengarang :