EXCOSELANGOR

Jumlah keluaran makanan Selangor rendah

SHAH ALAM, 13 NOV: Tahap sara diri (SSL) di Selangor masih rendah berikutan jumlah pengeluaran makanan dari negeri ini berada pada kadar minimum, kata EXCO Insfrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Ir. Izham Hashim.

“Selangor hanya mengeksport kira-kira 25 hingga 30 peratus makanan, tetapi yang lainnya terpaksa diimport.

“Angka tersebut menunjukkan jumlah pengeluaran makanan dari negeri ini amat rendah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Dr Idris Ahmad (PAKATAN-Ijok) ketika Sidang Dewan Negeri Selangor, di sini, hari ini.

Izham berkata, pada masa ini jumlah eksport tertinggi bagi sektor makanan ialah kelapa, telur ayam dan daging segar.

Mengulas lanjut berhubung masalah berkenaan, Izham berkata, pihaknya akan berusaha untuk meningkatkan SSL dalam kalangan penduduk negeri ini.

“Komitmen kita adalah bagi memastikan sumber bekalan makanan negeri berada pada tahap yang lebih baik demi generasi akan datang,” katanya.


Pengarang :