Pengarah AADK Selangor, Dr Nazira Sadiron ketika menyampaikan taklimat pembasmian dadah dalam Majlis Apresiasi Media Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Selangor di Hotel Shah Village, Petaling Jaya pada 22 November 2019. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Jumlah penagih baharu di Selangor meningkat

PETALING JAYA, 22 NOV: Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Selangor mendedahkan seramai 12,075 penagih dikesan di Selangor dalam tempoh lima tahun ini.

Pengarahnya, Dr Nazira Sadiron berkata, daripada jumlah itu, 9,735 adalah penagih baharu manakala baki 2,340 pula penagih berulang.

“Berdasarkan peratusan, penagih baharu mewakili 80.6 peratus dan penagih berulang adalah 19.4 peratus.

“Bagi statistik jumlah Orang Kena Pengawasan (OKP) pula sehingga Oktober lalu, seramai 5,484 orang diawasi berbanding 5,557 sepanjang tahun lalu,” katanya.

Wakil media menerima sijil penghargaan dalam Majlis Apresiasi Media Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Selangor di Hotel Shah Village, Petaling Jaya pada 22 November 2019. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI

Beliau berkata demikian pada Majlis Apresiasi Media AADK Selangor di Hotel Shah’s Village di sini, hari ini.

Majlis juga dihadiri Ketua Penolong Pengarah (Kesedaran Awam) AADK, Tengku Haniza Tengku Awang yang membentangkan Strategi Pembasmian Dadah di Kawasan Projek Rintis dan Kawasan Berfokus.

Nazira berkata, antara daerah yang menjadi tumpuan aktiviti penagihan dadah di Selangor adalah Petaling, Hulu Langat dan Ampang.

Setakat ini, katanya, AADK sudah berjaya menyelesaikan 978 aduan dengan 936 daripadanya datang daripada keluarga sendiri.


Pengarang :