Hee Loy Sian
EXCOSELANGOR

Kerajaan Negeri-peniaga `buble tea’ ada dialog

SHAH ALAM, 13 NOV: Kerajaan Negeri akan mengadakan pertemuan dengan peniaga ‘buble tea’ dalam masa terdekat berhubung penggunaan penyedut minuman dan cawan plastik dalam penyediaan produk minuman.

EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi, dan Hal Ehwal Pengguna, Hee Loy Sian berkata, pihaknya sedia maklum penggunaan bekas kertas melibatkan kos yang mahal tetapi beliau akan berbincang mengenai perkara itu.

“Kita akan mengadakan satu pertemuan pada satu tarikh sekitar bulan depan untuk berdialog dengan mereka (peniaga) bagaimana untuk menggantikan penyedut minuman dan cawan plastik sekali guna dalam perniagaan minuman itu.

“Setakat ini, mereka tidak menggunakan penyedut minuman dan cawan kertas kerana harga mahal,” katanya.

Beliau (PAKATAN-Kajang) berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Ahli Dewan Negeri (ADN) Kampung Tunku, Lim Yi Wei di Dewan Negeri Selangor (DNS).

Katanya, buat masa ini Kerajaan tidak bercadang untuk melarang penjualan ‘buble tea’ tetapi peniaga perlu memikirkan langkah bagi mengurangkan penggunaan plastik.

Untuk rekod, larangan penggunaan penyedut minuman plastik telah bermula pada 1 Julai 2019 di Selangor.


Pengarang :