Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berucap pada Persidangan Dewan Negeri Selangor di Dewan Annex, SUK Selangor. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
SELANGOR

Kerajaan Negeri pertimbang wujud digital televisyen

SHAH ALAM, 12 NOV: Kerajaan Negeri sedang mempertimbangkan untuk menaiktaraf TV Selangor kepada televisyen (tv) digital, kata Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari.

Katanya, langkah itu seiring dengan perubahan serta perkembangan dunia semasa yang bakal menghentikan penggunaan tv analog.

Bagaimanapun cadangan itu masih dalam peringkat perbincangan berikutan kos perbelanjaan yang agak tinggi.

“Dengan perkembangan media arus perdana dan perubahan politik semasa diantara Kerajaan Persekutuan dan negeri, kita juga akan mengubah strategi media rasmi ini termasuk menambahbaik pengisian berita supaya rakyat di negeri ini mendapat informasi lebih berkaliber.

“Tetapi pada masa sama tidak meninggalkan berita-berita dari Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan perbahasan pada Sidang Dewan Negeri Selangor, di sini, hari ini.


Pengarang :