Amirudin Shari (tengah) bergambar bersama selepas Gimik pelancaran ketika Majlis Menandatangani Perjanjian Petronas Smartpay Fleet Card Scheme antara KDEBWM dan PDB di Shah Alam Convention Centre pada 12 November 2019. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Kerjasama KDEBWM-Petronas bantu tingkat operasi, elak ketirisan

SHAH ALAM, 12 NOV: Kecepakan operasi Kumpulan Darul Ehsan Berhad Waste Management (KDEBWM) dalam menguruskan sisa pepejal ditingkatkan lagi dengan memeterai Perjanjian Petronas SmartPay Fleet Card Scheme.

Pengarah Urusan KDEBWM, Ramli Mohd Tahir berkata, perjanjian dengan Petronas Dagangan Berhad (PDB) itu membolehkan subkontraktor mendapat kemudahan mengisi minyak di semua stesyen minyak Petronas dengan menggunakan Petronas SmartPay Fleet Card.

“Perkhidmatan yang disediakan oleh Petronas ini boleh memudahcarakan operasi KDEBWM agar lebih lancar, efisien dan kos berkesan.

“Bagi fasa pertama ini, seramai 146 subkontraktor KDEBWM yang terdiri daripada cawangan Subang Jaya, Kuala Langat, Kajang, Selayang dan Ampang Jaya menerima kad terbabit hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Perjanjian Petronas SmartPay Fleet Card Scheme di antara KDEBWM dan PDB di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini, hari ini.

Gimik pelancaran ketika Majlis Menandatangani Perjanjian Petronas Smartpay Fleet Card Scheme antara KDEBWM dan PDB di Shah Alam Convention Centre pada 12 November 2019. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Terdahulu, Ramli dan Pengarah Urusan PDB, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir menandatangani perjanjian Petronas SmartPay Fleet Card Scheme sambil disaksikan Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari dan EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam Dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han.

Sementara itu pada sidang media majlis sama, Ramli berkata, selain mampu mengatasi isu ketirisan, sistem ini juga membolehkan KDEBWM mengumpul pelbagai data penting membabitkan lori kompaktor yang digunakan.

Antaranya, KDEBWM mampu menilai jenis lori yang mampu memberi kadar penjimatan terbaik.

 


Pengarang :