AGENSISELANGOR

Kolam sedut Bukit Kanching siap dinaik taraf

KUALA LUMPUR, 29 NOV: Kerja-kerja menaik taraf sistem bekalan air di Kolam Sedut Bukit Kanching telah siap dilaksanakan dan bekalan air mula dibuka sejak pukul 5.00 pagi ini.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abdul Halem Mat Som berkata, segala usaha telah diambil oleh syarikat itu bagi mempercepatkan proses pemulihan bekalan air serta meminimumkan impak gangguan kepada para pelanggan di 32 kawasan yang mengalami gangguan bekalan air.

“Kerjasama dan sokongan para pelanggan sepanjang tempoh kerja-kerja menaik taraf yang dijadualkan ini amatlah dihargai dalam usaha Air Selangor memberi perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai boleh hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan Air Selangor di talian 15300 atau dapatkan maklumat serta status terkini yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa melalui aplikasi telefon bimbit Air Selangor atau laman sesawang www.airselangor.com.

Pelanggan juga boleh menghantar pesanan bagi kes kecemasan dan kritikal melalui aplikasi WhatsApp ke talian 019-281 6793 atau 019-280 0919.

– BERNAMA


Pengarang :