EXCOSELANGOR

Kurang pengetahuan punca ibu tunggal gagal manfaat bantuan

SHAH ALAM, 12 NOV: Kurang pengetahuan terhadap bantuan ditawar Kerajaan Negeri kepada ibu tunggal menyebabkan kegagalan golongan itu gagal mendaftarkan diri.

EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud berkata sebahagian daripada golongan itu juga merasakan masih boleh berdikari tanpa mengharapkan bantuan.

“Selain itu, data ibu tunggal juga sentiasa berubah kerana status perkahwinan terkini dan penghijrahan mereka ke tempat tinggal baru.

“Oleh itu, Kerajaan Negeri akan mempergiatkan kempen dan hebahan bagi memberitahu sebarang bentuk bantuan kewangan mahupun sokongan sosial yang boleh diperolehi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Rozana Zainal Abidin (PAKATAN-Permatang) berhubung tindakan Kerajaan Negeri mengenal pasti status ibu tunggal yang tidak mendaftar pada sidang Dewan Negeri Selangor, di sini hari ini.

Berdasarkan rekod, seramai 750,000 ibu tunggal menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor membabitkan peruntukan bantuan bulanan (Skim Bantuan Persekutuan) sebanyak RM218,600.


Pengarang :