PBTSELANGOR

MALA 2019: MPK anjur pertandingan ping pong, karom

KLANG, 4 NOV: Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan mengadakan perlawanan Ping pong dan Karom sempena Karnival Sukan Kerajaan Tempatan Malaysia (MALA) 2019 di Dewan Sukan Andalas di sini bermula 14 hingga 16 November ini.

Yang Dipertuanya, Dato’ Mohamad Yasid Bidin berkata karnival sukan memasuki fasa kedua itu akan dianjurkan bersama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

“Selain itu, dua acara sukan sampingan akan diadakan iaitu Golf Jemputan MALA dan Kejohanan Tenpin Bowling Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Malaysia bagi merebut Piala Yang Dipertua MPK pada 16 November di Sunway Megalanes Sunway Pyramid.

“Tenpin Bowling ini akan dirasmikan dengan ‘golden throw’ oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Penuh MPK Bil.10/2019, di Dewan Mesyuarat Raja Mahadi, di sini baru-baru ini.

Majlis penutupan Karnival Sukan MALA akan diadakan pada 16 November jam 8 malam di Dewan Hamzah, di sini, yang turut dirasmikan Zuraida.


Pengarang :