AGENSISELANGOR

Mangga, pisang dari Myanmar dirampas MAQIS

SEPANG, 14 NOV: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) merampas 117 kilogram (kg) produk pertanian dari Myanmar seperti limau, mangga dan pisang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) semalam kerana dibawa masuk tanpa dokumen yang sah seperti permit import.

Pengarah MAQIS Selangor, Dr Tarmisal Alimin berkata, hasil pemeriksaan yang dilakukan pada jam 3 petang, sebanyak 40kg limau, 47kg mangga dan 30kg pisang ditemui dalam kotak berasingan tanpa sebarang dokumen yang sah.

“Penahanan buah-buahan ini adalah bertujuan bagi mengawal kemasukan perosak dan penyakit yang boleh merosakkan industri pertanian dalam negara jika ia tidak dikawal dengan sebaiknya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728], katanya.

– BERNAMA


Pengarang :