PBTSELANGOR

MBPJ buka permohonan tapak niaga Tahun Baru Cina

OLEH ALIFF HAIKAL

PETALING JAYA, 20 NOV: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) membuka permohonan tapak untuk perniagaan sempena Tahun Baru Cina pada 2020.

MBPJ dalam kenyataan di Facebook memaklumkan, tapak permit berkenaan boleh dimohon secara dalam talian bermula dari 20 November hingga 1 Disember ini.

“Jumlah petak yang akan dibuka untuk peniaga di Pasar Jalan Othman adalah 12, Pasar Kampung Cempaka (23) dan Pasar Taman Megah (16),” kata kenyataan itu.

Justeru, MBPJ mengajak orang ramai khususnya peniaga untuk melayari laman sesawang MBPJ bagi membuat permohonan tersebut.

Sebarang maklumat atau pertanyaan boleh hubungi Unit Permit Perayaan, Jabatan Perlesenan MBPJ di Tingkat 6, Menara MBPJ di talian 03-79541560 atau 03-79604667.


Pengarang :