PBTSELANGOR

MBSA anjur bengkel kraf kreatif sempena cuti sekolah

OLEH ALIFF HAIKAL

SHAH ALAM, 29 NOV: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bakal menganjurkan bengkel kraf kreatif sempena Program Cuti Sekolah Perpustakaan MBSA di tiga buah perpustakaan di Selangor.

Program tersebut akan diadakan di Perpustakaan Anggerik Mokara MBSA di Mutiara Subang, Seksyen U5 (4 hingga 5 Disember), Perpustakaan Anggerik Vanilla MBSA di Kota Kemuning, Seksyen 31 (12 hingga 13 Disember) dan Perpustakaan Anggerik Aranda MBSA di Seksyen 19 (18 hingga 19 Disember).

Mengikut kenyataan MBSA di Facebook, antara aktiviti kraf menarik pada program itu ialah ‘Sponge Cup Cake Making’ dan ‘Wooden Boat Painting’.

Penyertaan dibuka kepada semua ahli perpustakaan yang berumur lima hingga 12 tahun dan terhad kepada 70 peserta bagi setiap sesi.

Kata kenyataan itu, setiap peserta akan dikena bayaran RM10 seorang.

Pendaftaran dan pembayaran boleh dibuat di kaunter perpustakaan yang menganjurkan program itu.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pihak MBSA di talian 03-5545 8182.


Pengarang :