PBTSELANGOR

MBSA tutup jalan sempena larian PEMADAM pada 30 November

SHAH ALAM, 21 NOV: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menutup sebahagian jalan sempena Larian #JanganTryNantiBarai anjuran Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Selangor pada 30 November ini bermula 6.30 pagi hingga 11 pagi.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata acara di Stadium Shah Alam, Seksyen 13 itu membabitkan Jalan Persiaran Sukan, Bulatan Persiaran Sukan, Jalan Persiaran Hishamuddin dan Jalan Persiaran Akuatik.

“MBSA menyeru orang ramai supaya tidak menggunakan jalan yang dinyatakan pada tempoh itu untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan sentiasa mematuhi arahan dari masa ke masa yang diberikan,” katanya dalam kenyataan.

Shahrin berkata pengguna jalan raya diseru memberikan kerjasama dan menggunakan jalan alternatif untuk menuju ke mana-mana destinasi.


Pengarang :