Foto Facebook MFL
AGENDASUKANKINI

Pemain dibenar pilih nombor 1 hingga 99 musim hadapan

SHAH ALAM, 8 NOV: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) membenarkan penggunaan nombor jersi pemain bermula nombor 1 sehingga 99 untuk pasukan Liga Super dan Liga Premier bagi musim 2020.

Keputusan itu dicapai selepas Ahli Lembaga Pengarah MFL meluluskan cadangan sekretariat mengenai nombor jersi yang dicadangkan untuk pasukan pada musim depan dalam satu mesyuarat semalam.

“Sebelum ini, penggunaan nombor jersi bermula nombor 1 sehingga 30 hanya untuk pemain daripada skuad utama manakala nombor 31 sehingga 50 bagi pemain pasukan Piala Presiden, Piala Belia atau Reserve Team yang bermain dengan skuad utama.

“Manakala penggunaan nombor jersi bermula nombor 51 sehingga 60 untuk pemain-pemain yang didaftarkan pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Dalam kenyataan sama, Ahli Lembaga Pengarah MFL turut mengumumkan keputusan penamatan kutipan levi daripada pasukan-pasukan bertanding di Liga Malaysia.

Keputusan itu menyaksikan pembayaran untuk perlawanan dan pegawai pertandingan akan ditanggung sepenuhnya oleh pasukan masing-masing bermula musim hadapan.

Sementara itu, MFL turut mengesahkan Bengkel Economic Control Programme (ECP) bakal berlangsung pada 18 November dan akan dihadiri semua rakan kongsi Liga Malaysia.


Pengarang :