AGENDANASIONAL

Pemberian air percuma diteruskan tahun hadapan

SHAH ALAM, 1 NOV: Pemberian air percuma akan diteruskan tahun hadapan melalui Skim Air Darul Ehsan berkuat kuasa 1 Mac 2020.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata antara kriteria pemohon skim itu adalah warganegara Malaysia yang menetap di Selangor dan berpendapatan bulanan isi rumah bawah RM4,000.

Program pemberian 20 meter padu air percuma pada tahun ini dibiayai secara perkongsian kos dengan Air Selangor, sekali gus membolehkan Kerajaan Negeri menggunakan peruntukan bagi pembangunan lain.

Bagaimanapun, pengguna yang menikmati bekalan air percuma 20 meter padu pada setiap bulan akan terus menikmati keistimewaan sehingga 29 Februari 2020.

Pengguna hendaklah membuat permohonan baharu dan tempoh pendaftaran sehingga 31 Disember 2019.

Permohonan Skim Air Darul Ehsan boleh dibuat secara dalam talian melalui www.ssipr.selangor.gov.my

Amirudin berkata melalui Pelan Induk Sumber, Pembekalan, Permintaan dan Pengagihan Air di Selangor, Kerajaan Negeri sudah mengenal pasti sumber baharu air mentah yang boleh dibangunkan sebagai sumber bekalan bagi menampung permintaan sehingga 2060.

Berikut adalah beberapaintipati pengurusan air:

– Air Selangor merancang pelaksanaan penggantian paip sepanjang 150km dengan kos RM124 juta

– Peruntukan RM116.5 juta disediakan bagi pembangunan bekalan air yang merangkumi antaranya pelaksanaan Projek Labohan Dagang Fasa 2

– Kerjaan Negeri melantik perunding untuk membuat kajian terperinci bermula 1 Oktober 2019 dan selesai pada 30 September 2020 bagi Pembangunan Loji Rawatan Air Sungai Rasau

– Air Selangor akan memperuntukkan RM30 bilion untuk tempoh 30 tahun bermula 2019 sehingga tahun 2048 sebagai Perbelanjaan CAPEX

– Air dari Loji Rawatan Air Langat 2 boleh dimasukkan ke dalam sistem pengagihan Air Selangor mulai 1 Januari 2020


Pengarang :